Monday, 25 July 2011

Sukatan Bahan

Utk beginner mcm i ni uollss sukatan mcm ni la nak kena tau..lau x de penimbang atau penimbang rosak ke leh la tukar guna cawan dan begitula sebaliknyer.... sukatan kena betul uollss lau tak betul main pandai2 jerk jawabnyer kek yg dibuat x menjadik... nak ke lau buat kek x jadik... haaa ikut la sukatan nyer betul2... :)
 
1 oz - 25 gm

9 oz - 250 gm

16oz (1 lb) - 450 gm

2 lb 4 oz - 1 kg

1 cawan mentega - 250 gm

1 cawan gula - 250 gm

1 cawan tepung - 125 gm

2 cawan tepung - 250 gm
 
1 camca kecil/teh - 5gm 





Fungsi Bahan Penaik kek

Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder).Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid.
Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.


Friday, 22 July 2011

Tips Membuat Kek Untuk Beginner :)

Just for sharing few tips yg sy baca dr blog seseorg mengenai tips membuat kek untuk beginner... Kek ada mcm2 kek, cthnyer kek mentega, kek span, kek sifon, kek keju dan lain-lain. Kek yang berlainan jenis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berlainan la jugak. Sebagai beginner membuat kek, we ollss hendaklah tahu beberapa perkara penting dalam pembuatan kek ini yerrrr. Antaranya ialah :

1. Mengenali bahan membuat kek.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tepung kek, gula kastor, mentega/majerin, telur, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan sebagainya. Boleh pegi ke pasaraya atau kedai menjual bahan kek dan mengenali bahan-bahan ini.

2. Peralatan membuat kek
Peralatan yang penting ialah mixer(pengadun). Buat permulaan anda boleh gunakan pengadun tangan untuk membuat kek mentega, kek span dan lain.Peralatan lain ialah pemukul telur (whisk), scrapper, mangkuk pengadun, senduk dan lain-lain. Ketuhar juga sangat penting. Untuk menghasilkan kek yang cantik dan masak dengan rata, sebaiknya gunakan ketuhar bersaiz besar seperti Europa, Zanussi ,Elba dan lain-lain yang berharga dalam lingkungan RM1000.

3. Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.

Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.

(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.

(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.

(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.

(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.

(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.

~ Kesimpulannya,,,, jangan takut untuk bereksperimen. Tak mengapa jika percubaan pertama kita tak menjadi kerana kita mungkin membuat kesilapan di sana-sini.Tetapi kita perlu belajar dari kesilapan pertama itu dan memperbaikinya pada masa akan datang....so happy baking to ollsss. ~

Wednesday, 20 July 2011

Puding Roti

Resepi yg yummy dan mudah utk menyediakannyer.... :) 



Bahan-bahan : 

susu/santan kotak kecik (tmbh je dlm 3 cwn air) kami guna susu pekat manis then bancuh ngan air....
2 biji telur(pukul lu)
5sb gula
1sk esen vanila..

Semua nie kacau sebati dlm bekas yg nk dibakar
(bekas tu griskn dgn butter sket)..

Then, rendam roti dlm 12 keping (potong kecik2) biarkn dlm 30minit..

Bakar 170c dlm 40-45 minit smpai msk, tabur la choc chip /(pisang- ni optional la) kt atas dgn kt dlm adunan tadi ye...tgok2 la, klu tkut hangus, kurangkn masa sket ye..slmt mcuba! :-)

Tuesday, 12 July 2011

Apa itu ovalette...??

Semalam tertanya2 ape tu ovalette??? ape fungsi ovalette dalam pembuatan kek??? so da google2 ni la jawapan dia.... 

Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.


Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Selain kek span ada juga resipi kek Sarawak dan apam yang mengunakan ovalette sebagai bahan penstabil. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat. 

Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

ni la rupa ovalette :)





Sunday, 10 July 2011

What I've Learned About Friendship

• I've learned that there are many good friends around, but true best friends are hard to come by.
• I've learned that sometimes you love a best friend more than a boyfriend.
• I've learned that a best friend is more important than a boyfriend.
• I've learned that you can do something or nothing with a best friend and still have the best time.
• I've learned that a true friendship has many memories, both good and bad, but all important.
• I've learned that sometimes the most used part of a best friend is the shoulder you cry on, and the shoulder you are willing to lend.
• I've learned that when a best friend is happy, you find yourself happy too, even when it has nothing to do with you.
• I've learned that a best friend's family soon feels like your own.
• I've learned that the only one who truly understands is a true friend.
• I've learned that nothing ever sounds stupid, funny, or unbelievable to a best friend, and you never feel stupid saying whatever it is.
• I've learned that sometimes it feels like a best friend is the only one who will ever care about you and think you are beautiful in your own way.
• I've learned that you always have that something extra to give to a best friend in need, and can count on that in return.
• I've learned that your heart is forever touched by a true friend, no matter how things end up.
• I've learned that when your heart has been broken, a best friend is the best band-aid for it.
• I've learned that a best friend will call you in the middle of the night to talk without thinking, and it's OK.
• I've learned that in many cases, a hug and a kind word from a best friend is the only thing that helps get you through the day.
• I've learned that a best friend would stick up for you no matter what the consequences are.
• I've learned that best friends can sing at the top of their lungs and not worry about singing the wrong words or being out of tune.
• I've learned that best friends stay up all night and on the phone for hours talking without even realizing it.
• I've learned that a best friend can tell the difference between a silly crush, and more than that.
• I've learned that sometimes a best friend is all you have.
• I've learned that sometimes you wonder how she knew, but then you realize that's just how close you are.
• I've learned that when you are true best friends, everyone else knows it.
• I've learned that, most importantly of all, best friends will always be best friends, no matter what is happening in their lives, where they are, or what they are doing. A best friend is irreplaceable. This is the most important thing I could have ever been taught by a best friend.